SEMINAR ANTARABANGSA KAUNSELING ISLAM (SAKI) 2021
SEDIKIT PENGENALAN SAKI 2021
Kaunseling Syarie dan Psikospiritual semakin diterima sebagai salah satu pendekatan dalam perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Kaunseling syarie yang telah dilancarkan oleh JAKIM pada tahun 2012 mempunyai peranannya yang penting dalam menangani pelbagai isu dalam masyarakat.
Situasi semasa berkaitan penularan wabak covid-19 yang melanda Malaysia malah seluruh dunia, menjadikan masyarakat mengalami kebimbangan dan ketakutan lebih-lebih lagi apabila Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan statistik penularan wabak covid-19 adalah meningkat dan angka kematian juga naik secara mendadak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam hal ini menjangkakan pandemik ini akan berterusan meningkat dan bakal memberi impak yang lebih besar terhadap krisis ekonomi, sosial dan politik di seluruh dunia.
Dalam mendepani pandemik covid-19, masyarakat di Malaysia khususnya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka seperti kehilangan pekerjaan, keganasan rumahtangga, perceraian, kemiskinan, tekanan kerja, tekanan pembelajaran malah sehingga ada yang mengalami gangguan kesihatan mental yang teruk dan melakukan percubaan membunuh diri. Di sinilah peranan kaunseling syarie dan psikospiritual Islam sangat penting bagi memberikan kekuatan minda dan spiritual kepada masyarakat agar dapat mendepani pandemik ini dengan tabah, berani, redha dan bijaksana.
Ringkasnya, pelbagai isu dan cabaran terkini yang berlaku menjadikan peranan kaunseling syarie dan psikospiritual Islam semakin diperlukan. Ia bukan sahaja berperanan menangani isu semasa tetapi juga membantu membangunkan modal insan secara menyeluruh. Justeru itu Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia dan Persatuan Psikospiritual Islam terpanggil untuk mengadakan seminar bagi meningkatkan kompetensi pengamal yang terlibat dengan aktiviti membimbing serta pengkaji dan ahli akademik untuk berkongsi pengetahuan di dalam seminar berkenaan. Pelbagai isu, pengetahuan dan kemahiran akan dikongsi bersama.
OBJEKTIF SAKI 2021
PANGGILAN MEMBENTANG KERTAS KERJA
Tema : “KAUNSELING ISLAM & PSIKOSPIRITUAL MENDEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19”
Kami mempersilakan semua para pengkaji dan penyelidik untuk membentangkan kertas kerja kajian dalam persidangan ini yang merangkumi sub tema berikut:
#Nota: Semua pembentang yang telah disahkan untuk membentang, wajib untuk mengesahkan penyertaan dan pembayaran sebelum persidangan berlangsung
TARIKH PENTING
Tarikh akhir penghantaran abstrak | 10 OGOS 2021 |
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh | 20 OGOS 2021 |
TATACARA PENGHANTARAN ABSTRAK DAN KERTAS KERJA PENUH
Semua Abstrak dan Kertas Penuh WAJIB dihantar dalam templat yang disediakan dan disimpan dalam bentuk WORD 2003 dan tidak dibenarkan dalam PDF.
Kertas penuh TIDAK LEBIH 10 halaman dan Abstrak tidak boleh melebihi 250 perkataan
Semua Abstrak dan Kertas Penuh hendaklah dihantar ke email [email protected]
Proses penerbitan - Semua kertas kerja layak (tertakluk kepada syarat) dan akan disiarkan secara penuh dalam prosiding Penerbitan ISBN Berbilang Disiplin yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia
** Bagi makalah yang memenuhi kriteria dan lulus pemeriksaan oleh panel penilai Jurnal, kertas itu akan diterbitkan dalam Jurnal PAKSI
Format abstrak dan kertas penuh
Dalam menyediakan draf kertas dan abstrak yang akan dihantar ke sekretariat simposium, sila isi syarat-syarat penghantaran abstrak dan kertas lengkap seperti yang dilampirkan.
Bahasa dalam Persidangan
Bahasa Melayu, Indonesia, dan Bahasa Inggeris sahaja
DOWNLOAD FORMAT PENGHANTARAN KERTAS KERJA DI SINI
SAKI juga membuka untuk PERTANDINGAN INOVASI
PANGGILAN UNTUK PERTANDINGAN INOVASI ISLAMIC PSIKOTERAPI KAUNSELING (i-PsyCOiNNO 2.0)
Kami menjemput anda yang mempunyai pelbagai inovasi, produk penyelidikan dan apa sahaja bentuk bahan yang boleh dipertandingkan mengikut subtema berikut:
Model untuk pertandingan inovasi boleh berbentuk:
MODUS PERTANDINGAN:
Terbuka kepada mana-mana kategori sekolah, institusi, organisasi dan awam
SYARAT PENYERTAAN:
PENYEDIAAN BAHAN
Setiap penyertaan perlu menyediakan bahan berikut:
PENGHAKIMAN
KATEGORI PERTANDINGAN:
1. Sekolah
2. Institusi Pendidikan
3. Persendirian Dan Awam
HADIAH
TARIKH PENTING
Tarikh akhir penghantaran abstrak | 15 Ogos 2021 |
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh jika ada | 30 Ogos 2021 |
DOWNLOAD FORMAT PENGHANTARAN PERTANDINGAN INOVASI DI SINI
Buy Now